Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

Tuesday 5 June 2012

Nama2 Syurga Dan Ahlinya

A. NAMA-NAMA SYURGA
       Al-Quran menyenaraikan nama2 syurga sesuai dengan tingkatan & jenis penghuninya. Tingkatan & nama2 syurga ialah:
1. Syurga Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muaqaamah
8. Syurga Khuldi

B. AHLI SYURGA
       Adapun para ahli syurga disesuaikan dengan martabat & amalan semasa di dunia.
1. Roh para Nabi & Rasul menuju ke Syurga 'Adn.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yg berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yg berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi & tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak2 yg beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang2 kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga hari kiamat.

C. TIGA CAHAYA DI SYURGA
       Diriwayatkan di dalam kitab Imam Hanafi, bahawa di hari kiamat (syurga) ada 3 cahaya yg berlainan:
1. Cahaya yg pertama seperti bintang2.
2. Cahaya yg kedua seperti cahaya bulan purnama.
3. Cahaya yg ketiga seperti cahaya matahari.
       Cahaya yg pertama ialah cahaya wajah2 manusia yg ketika di dunia, mereka segera meninggalkan pekerjaan & terus bersuci & mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
      Cahaya yg kedua seperti bulan purnama ialah cahaya wajah mereka yg mengambil air sembahyang sebelum azan.
       Cahaya yg ketiga seperti matahari ialah mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

2 00 udaq ucux:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.