Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

Thursday 27 September 2012

Segmen: Be My Follower by Didiey'.


  borinknyer laa.. dh laa ngantok,, tp ade mse g nk blogging.. dlm mse itu jgx,, aq ade join contest kt bwah nie... sper sker,, jom join bramai2.. let's go!!!


Bilangan Follower : 19
Target Follower : 100

ok,, daa siap.. xtau laa bleh ke tdak.. berserah je laa... haK3... tak mengharap pon.. utk suka-suki sahaja..

!!Seloka Ria 1p1_Maahad Saniah!!

Assalamualaikum guys.. skunk ni sy nk kgsi sloka yg dbuat oleh sy pnyer kwn thun lpas.. yg form 1 pnyer.. xtau la besz ke x.. tp, msuk majalah skolah.. sloka ni psal pljar2 klas kteorg je laa.. ok, bce erp!!

Salam sejahtera pembuka seloka,
Untuk hiburan kita semua,
1p1 terkenal dengan kepandaian,
Namun semua itu bukan kenyataan.

Penat lelah melayari kerenah kami,
Sabar jelah dengan anak-anakmu ini,
Sesungguhnya beliau amat disayangi,
Ustazah Mazlina guru kelas kami,
Beliau sungguh sporting selalu.

Faathimah nama diberi,
Menjadi monitor di kelas kami,
Lain pula cerita si Izzah ini,
Gemar glamorkan diri,
Itulah dia penolong & ketua kelas kami.

Dalili Damia nama diberi,
Orangnya montel comel sekali,
Nurul Amanina dijadikan topik perbualan,
Bila cikgu mengajar berkhayallah kerjanya.

Markah ujian tak boleh dilawan,
Nama Anisah menjadi kegilaan,
Lain pula cerita si Rahmatun,
Orangnya pendiam, entah-entah kena sawan.

Tempat bertapa di tepi jendela,
Duduk termenung teringatkan kekasih hati,
Itulah Sofea cantik bergaya,
Samalah juga dengan si Atrah kami.

Bila ada cikgu fokuslah kononnya,
Bila cikgu keluar kecoh dibuat mereka,
Suka memekak tak henti-henti,
Macam orang dekat Tanjung Rambutan,
HajarAnis & Hanie gandingan serasi,
Bilalah korang nak bertaubat ni!!

Karimah pula "joker" kelas kami,
Buat lawak ketawa sendiri,
Lain pula si Azizah ini,
Bila tersenyum nampak gigi.

Aisyah digelar "si tukang ceti",
Kerjanya hanya menyusahkan kami,
Wina pula bercita-cita tinggi,
Menjadi guru sejarah yang paling diingini.

Nama Syafiqah parents dia bagi,
Orangnya suka tersenyum sendiri,
Lain pula si Mirza ini,
Paling sporting & xcute sekali.

Tak serius tak kecoh,
Sepasang kembar kelas kami,
Time belajar bersungguh-sungguh,
Nasiha dan Natasha kesayangan kami.

Jannah nama diberi,
Kawannya pula bernama Syuhadah,
Kalau senyum manis sekali,
Selalu menjadi kegilaan lelaki.

Reading novel jadi kegemaran,
Itulah Amirah kami perkenalkan,
Di dalam kelas duduk diam,
Rupanya sedang berangan.

Auni dan Aisyatun rakan semeja,
Asyik bersama ke mana jua,
Hajat di hati ingin berjaya,
Semoga menjadi orang berguna.

Subjek matematik menjadi pujaan,
Guru matematik guru kesayangan,
Seorang Afidatul, seorang Tasnem,
Sama cantik & sama sopan.

Sorrylah kawan jika terkena,
Tak de niat untuk mengata,
Itu hanyalah sekadar seloka,
Semoga Amira dikenang sentiasa.

Semalam terjumpa sebungkus julap,
Terjumpa dekat kedai ika,
Jika ada silap & salah,
Harap semua dapat dimaafkan.


Nukilan asal : Izzah dan Wina_1p1

Monday 17 September 2012

Muezza, si kucing kesayangan Nabi

Nabi sangat sayangkan si Muezza dan sering mengendongnya.-Gambar hiasan

SETIAP drpd kita mempunyai binatang kesayangan masing2, begitu juga junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Baginda mempunyai seekor kucing yg bernama Muezza. Bayangkan betapa sayang & kasihnya Rasulullah terhadap binatang berbulu itu sehungga setiap kali berkunjungnya sahabat ke rumah Baginda, Nabi akan mengendong & meletakkan Muezza di atas pahanya.
      Diceritakan, antara sifat Muezza yg paling disukai Nabi adalah si comel itu akan mengeong semasa berkumandangnya azan seolah-olah ngeongnya itu seperti mengikut seruan Ilahi.
      Pernah suatu hari, Nabi mencari jubah yg mahu dipakainya, apabila Baginda menemui jubahnya terdapat Muezza sedang nyenyak tidur di atas persalinan Baginda. Ihsannya kekasih ALLAH itu, Baginda lalu mengambil gunting & memotong bahagian lengan yg ditiduri Muezza.
      Sekembalinya Baginda ke rumah, Muezza terjaga dari lenanya lalu merunduk manja pada Baginda. Muezza seakan memahami perbuatan Nabi seketika tadi. Baginda kemudiannya mengelus lembut jemarinya ke badan Muezza.
      Teladanilah sifat penyanyang Rasulullah, Baginda sentiasa berbuat baik & sayang pada makhluk ALLAH. Baginda juga berpesan utk sayangilah kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri.
      Walaupun cerita ini tidak dinyatakan dlm mana2 hadis sahih, tetapi hayatilah ia sebagai pedoman & ingatlah binatang juga perlu dikasihi.





 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.