Nabi sangat sayangkan si Muezza dan sering mengendongnya.-Gambar hiasan
SETIAP drpd kita mempunyai binatang kesayangan masing2, begitu juga junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Baginda mempunyai seekor kucing yg bernama Muezza. Bayangkan betapa sayang & kasihnya Rasulullah terhadap binatang berbulu itu sehungga setiap kali berkunjungnya sahabat ke rumah Baginda, Nabi akan mengendong & meletakkan Muezza di atas pahanya.
Diceritakan, antara sifat Muezza yg paling disukai Nabi adalah si comel itu akan mengeong semasa berkumandangnya azan seolah-olah ngeongnya itu seperti mengikut seruan Ilahi.
Pernah suatu hari, Nabi mencari jubah yg mahu dipakainya, apabila Baginda menemui jubahnya terdapat Muezza sedang nyenyak tidur di atas persalinan Baginda. Ihsannya kekasih ALLAH itu, Baginda lalu mengambil gunting & memotong bahagian lengan yg ditiduri Muezza.
Sekembalinya Baginda ke rumah, Muezza terjaga dari lenanya lalu merunduk manja pada Baginda. Muezza seakan memahami perbuatan Nabi seketika tadi. Baginda kemudiannya mengelus lembut jemarinya ke badan Muezza.
Teladanilah sifat penyanyang Rasulullah, Baginda sentiasa berbuat baik & sayang pada makhluk ALLAH. Baginda juga berpesan utk sayangilah kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri.
Walaupun cerita ini tidak dinyatakan dlm mana2 hadis sahih, tetapi hayatilah ia sebagai pedoman & ingatlah binatang juga perlu dikasihi.
0 00 udaq ucux:
Post a Comment