Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

Monday, 4 June 2012

syurga menurut berbagai agama


A. SYURGA MENURUT BERBAGAI AGAMA & KEPERCAYAAN
            Syurga (Heaven dalam bahasa Inggeris & Jannah dalam bahaa Arab) merupakan 1 konsep hidup selepas mati dalam banyak agama & falsafah rohaniah.
            Mereka yg mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau neraka adalah destinasi nagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian.
            Menurut banyak testimoni & tradisi, dalam kejadian2 yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yg lain tentang kehidupan, dewa2, & tanggapan2 tentang hidup selepas mati.
            Sedangkan terdapat banyak sumber yg berbeza-beza tentang tanggapan syurga, pandangan biasa bg orang2 yg mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yg dianuti mereka.
            Berbagai-bagai agama telah memerihalkan syurga sebagai diduduki oleh malaikat, syaitan, dewa & dewi, dan/atau pahlawan (khususnya dalam agama Zoroastrianisme Parsi dan kemudiannya mitologi Yunani). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat kebahagiaan abadi.
            Dalam agama Yahudi kuno, kepercayaan kepada syurga & hidup selepas mati dikaitkan dengan Sheol (disebut dalam Isaiah 38:18, Psalms 6:5, dan Job 7:7-10).
            Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Sheol merupakan konsep yg lebih awal, tetapi teori ini tidak diterima sejagat.
            Farisi, salah satu mazhab Yahudi yg kemudian, mempercayai tentang Kebangkitan Semula, tetapi kepercayaan ini ditentang oleh mazhab Sadducees yang menolak doktrin Kebangkitan Semula (Matt. 22:23).
            Dalam kebanyakan agama Kristian, syurga ialah kepulangan kepada keadaan manusia sebelum kejatuhan, dan merupakan syurga Aden kedua yg baru, dengan manusia disatukan semula dengan Tuhan dalam kewujudan semula jadi dan sempurna yg abadi. Penganut2 Kristian mempercayai bahawa penyatuan semula ini dibolehkan melalui usaha penyelamatan Jesus Christ yg mati di atas salib untuk menebus dosa2 manusia.

B. SYURGA DALAM PANDANGAN ISLAM
           Menurut agama Islam, syurga adalah tempat anugerah pada manusia yg telah berbuat baik & mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan & kemewahan.
            "...dan barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya, niscaya Allah memasukkannya ke              
            dalam Syurga yg mengalir di dalamnya sungai2 sedang mereka kekal di dalamnya & itulah 
           kemengan yang besar."               (An-Nisa':13)

0 00 udaq ucux:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.