Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

Tuesday 13 November 2012

Rahsia Tangisan Dan Air Mata







     Tangisan berlaku kerana tujuh sebab:
1. Terlalu gembira
2. Kerana gila dan mabuk
    3. Menanggung kesakitan
    4. Gementar dan takut
    5. Kesedihan
    6. Menunjuk-nunjuk
    7. Takut Allah

         Tangisan yang akhir inilah tangisan yang boleh memadamkan lautan api walaupun hanya dengan setitis air mata sahaja.

         "Tujuh orang akan dilindungi oleh Allah SWT di bawah lindungan-Nya pada hari kiamat. Salah seorang daripada mereka ialah seorang yang bersunyio diri mengingati Allah sehingga mengalir air mata." Hadis Rasulullah.

         Daripada Aishah r.a bertanya kepada Nabi s.a.w. "Adakah dalam kalangan umat tuan yang akan masuk syurga tanpa hisab?" Nabi menjawab "Ya, mereka yang menangis kerana mengenangkan dosa."

         "Dua titisan yang paling disukai Allah, pertama - titisan air mata yang dialirkan kerana takut Allah. Kedua - titisan darah yang tertumpah ke jalan Allah"

       "Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takut Allah walaupun sebesar kepala lalat maka Allah akan mengharamkan wajah itu daripada terkena api neraka."

        "Sesiapa yang menangis kerana takut Allah SWT maka susah untuknya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu masuk kembali ke puting."
(Dipetik daripada Kitab Himpuna Fadhilat Amal)










Rahsia Mimpi

  • Mimpi rumah terbakar - maksudnya akan datang kejayaan berlarutan.
  • Mimpi duduk di jambatan - akan mendapat rezeki.
  • Mimpi pindah ke rumah buruk - alamat akan mendapat kawan baik.
  • Mimpi membeli rumah - akan mendapat berkat daripada Yang Maha Kuasa.
  • Mimpi melihat berhala - maknanya akan menderhaka kepada Yang Maha Kuasa.
  • Mimpi bertemu dengan polis - akan bertemu jodoh.
  • Mimpi sedang berlari - alamat rezeki akan bertambah.
  • Bermimpi hidup mewah dan bahagia - maksudnya anda perlu berhati-hati kerana kemungkinan besar akan datang kesukaran yang tidak disangka-sangka.
  • Mimpi berada di pasar malam - akan ada keuntungan dalam kehidupan.
  • Bermimpi menjadi pesakit hospital - maknanya anda sihat sejahtera.
  • Bermimpi rumah anda terang benderang - akan mengalami kesukaran.
  • Mimpi jatuh dalam telaga - alamat akan sakit tenat.
  • Mimpi melihat bayangan sendiri dalam telaga - alamat akan menerima surat dari jauh.
  • Mimpi melihat pasu bunga - alamat akan mendapat pekerjaan yang diharapkan.
  • Mimpi mendapat kasut - alamat naik pangkat.

Ok, yang lain-lain mimpi tu, tidak tau ye!!
Harap maklum!!


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.